Al Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Md Salleh

Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Md Salleh. Ayahnya Tuan Guru Haji Md Salleh merupakan seorang yang penuh keramat. Diantara kisah yang mahsyur di kampung dan diceritakan oleh anak Tuan Guru Haji Abdullah sendiri ialah pernah ada pencuri masuk ke kampung tapi tidak boleh keluar. Mereka rasa seperti masuk kedalam laut dan berenang-renang sedangkan hakikatnya mereka ada diatas darat. Antara karamoh Haji Salleh lagi ialah beliau boleh sebut satu persatu ciri wajah dan rupa pencuri itu macam mana.
Tuan Guru Haji Abdullah merupakan seorang ulamak yang alim ilmu Quran serta pakar Qiraat di Tumpat , Kelantan. Mendapat pendidikan awal dari alim ulamak sekitar Kelantan sebelum berangkat ke Mekah.
Diantara gurunya ialah :
1. Tok Kenali
2. Tok Selehong
3. Tuan Guru Haji Yaakob Legor
4. Tuan Guru Haji Ahmad Manan
5. Mufti Haji Wan Musa
6. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
7. Tuan Guru Haji Daud Kampung
Menuang Pernah diriwayatkan sewaktu di Mekah, beliau pernah khatam Quran secara hafazan sebanyak 7 kali dan khatam secara bacaan sebanyak 9 kali dihadapan gurunya .
Tuan Guru merupakan menantu kepada ulamak besar Kelantan bernama Tuan Guru Haji Musa Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Pak Cik Musa. Beliau meninggal dunia ketika berusia 90 tahun dan dimakamkan di belakang Masjid Bunut Sarang Burung iaitu masjid yang beliau sendiri asaskan. Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Kredit: Ma Ta Seven