BERSATU (PPBM) Great GAME

Apa yang dilakukan oleh PM 8 iaitu Mahiaddin ialah dia tengah pecahkan UMNO agar menjadi dua. Bak kata orang “Divide and conquer” yang korang biasa dengar kalau isu-isu berkenaan Kolonial British. UMNO ni parti yang paling kuat dalam PN. Ada jentera akar umbi yang setia, ada media dan banyak lagi. PPBM tu jentera politik pun takde, parti kecil kuasai Perikatan besar. UMNO kalau dalam PN, dibiarkan lama-lama, lambat laun PPBM akan tenggelam bahkan tidak mustahil akan pupus dan UMNO akan mengetuai kembali pentadbiran kerajaan

Jadi, demi survival PPBM, maka UMNO harus dilemahkan sehingga tidak stabil. Macam mana nak lemahkan? Buatlah dua kem dalam UMNO. UMNO dari dulu memang dahagakan jawatan, duit dan sebagainya. Bukan semua pun perjuangan untuk anak bangsa-agama, kebanyakannya. Yang beriya macai-macai UMNO bawah ni jer.

Jadi, memberi jawatan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pengaruh sama kuat dengan Zahid, Ahmad Maslan dengan Najib dalam UMNO dengan harapan mampu memecahbelahkan UMNO, dan dalam masa yang sama, memujuk MT UMNO untuk tak tarik sokongan kepada PN malam ni.

Mende simple ni pun tak akan tak reti baca? Dan mastermind disebalik ni aku tak rasa dari Midin, mesti ada Palpatine umur ratusan tahun yang dok tarik stringe dari belakang. Midin terlalu sembab nak main politik sebaik ni.

Sumber: Neo-Melayu