Covid & Solusi

Hampir setahun lebih sudah kami Rakyat patuh terhadap SOP yg di sediakan oleh Pihak Kerajaan .

Kami Akur dan Patut sepenuhnya.

– Pakai Mask
– Masjid Di tutup
– Jumaat Terhad
– Madrasah / Sekolah di tutup
– Tak boleh rentas Daerah/Negeri
– Duduk di rumah masingΒ²

Banyak lagi lah kalau nak sebut…

Dan Rakyat juga terpaksa menanggung Derita yg sudah sedia maklum tersebar di media sosial..

PERSOALANNYA

SOP yang telah disusun itu tidak pun menurunkan gejalan Covid 19 ini , bahkan setelah di lancarkan Total Lockdown juga kes tetap tidak menurun dengan jayanya…

Lupakah kita Negara / Dunia ini ada Tuhannya??
Kamu asyik mengambil pandangan dari pelbagai latar belakang yang berbeza tapi mengapa dalam hal yg rumit sebegini kamu tidak bertanya dan mengambil pandangan dari Para2 AhLillah iaitu mereka-mereka yang di kurniakan oleh ALlah ilham dan Cahaya Hidayah dalam batin mereka.

Mereka yang lebih di buka kefahaman apa yg sebenarnya di tuntut oleh Allah tika ini pada hambaNya.

Ketika Nabi Memikirkan tentang Masalah yg berlaku pada bangsanya Quraish, baginda bertafakur mencari petunjuk , akhirnya datanglah petunjuk demi petunjuk yg membuatkan Nabi bergerak menyebarkan cahaya wahyu yang di terima oleh baginda pada saat itu sehingga berlaku perubahan demi perubahan kepada masyarakat Arab ketika itu.

Sejarah sudah menunjukkan bahawa Perubahan akan berlaku dengan dua keadaan :

1) Adanya Wakil ALlah ( Nabi , Aulia’ )
2) Bersamanya ada Petunjuk yang di bawa ( Wahyu / Ilham / Cahaya Hidayah )

Dengan wujudnya dua elemen ini pasti usaha yg di lakukan membuahkan hasil.

===================

Semoga Kebenaran Petunjuk ini di bukakan oleh ALlah dengan keberkatan amalan selawat dan cinta para Aulia was Solihin.

Sumber:Babalong Idris