Ilmu Ibadah Korban

Ilmu Bab Korban –

Siri 1 Olahan : Ust Muhammad Idris Muharam (Mudir Madrasah Syeikhul Arifin ,Melaka)

Sollu Alan Nabi !

Sedikit Perbicaraan Mengenai Ibadah Korban

HUKUM IBADAH KORBAN

Padanya Dua Pandangan Mazhab

1) Wajib : Bagi yg senang dan ada kemampuan , apabila dia berada di mukim . Ini pandangan Imam Abu Hanifah.

2) Sunat : Jumhur Ulama’

Dalil Mazhab Pertama – Hadis Abu Hurairah

من كان له سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا

Barangsiapa yg ada kemampuan dan tidak melakukan ibadah korban maka jangan ia dekati tempat ibadah kami. Tiada suatu ancaman di keluarkan oleh baginda melainkan perkara itu besar dan wajib.

Dalil Jumhur Hadis Ummi Salamah baginda bersabda :

إذا رأيتم هلال ذي الحجة ، وأراد أحدكم أن يضحي، فليمسك عن شعره وأظفاره. رواه مسلم

Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan Kamu berkehendak melakukan ibadah korban maka hendaklah tahan ( tidak potong ) rambutnya ( bulu ) dan kukunya. Dari lafaz apabila kamu berkehendak ia menunjukkan bahawa ibadah korban bukan perkara wajib bahkan sunat. Ramai di kalangan sahabat jarang melakukan ibadah korban agar tidak dilihat bahawa ia merupakan ibadah yang wajib. Dan tiada dalil yg kukuh dan jelas mengatakan wajib , maka kekal di sini Jumhur Ulama’ bahawa Ibadah KORBAN ini adalah sunnat sahaja.

Hadis Kelebihan Berkorban

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi ]

MAZHAB SYAFIE

Hukumnya : 1) Sunnat Muakkad , adapun di sisi baginda Ia Merupakan Wajib.

Sebagaimana Sabda Baginda :

أمرت بالنحر وهو سنة لكم

Aku diperintahkan melakukan sembelihan dan ia untuk kamu adalah sunnat. Hadis Riwayat Tirmidzi.

2) Sunnat Kifayah jikalau berbilang Ahli Keluarga . Sekiranya salah seorang sahaja melakukan ibadah korban , memadailah dari yang lain. Bersambung.

Sumber: https://telegram.me/IlmuIbadahKorban