Indahkan Zahir & Batin Mu

Kadangkala dilihat hidupnya penuh zuhud tetapi batinnya adalah pencinta dunia. Kadangkala pada akhlaknya dilihat tawadhu tetapi batinnya penuh kesombongan. Kadangkala dilihat tinggi ilmu makrifatnya tetapi batinnya kosong dgn nur makrifat. Kadangkala dilihat akhlaknya penuh cinta dan kemaafan tapi batinnya penuh kebencian dan dendam. Kadangkala dilihat amal kebaikannya begitu kuat tetapi batinnya penuh kebusukan ujub. Takutlah pada hari yg akan dibukakan rahsia hati. 
Indahkan zahir dan batin kerana ia adalah sunnah Rasulullah Salallah alahi wasalam.
Sembunyikan diri mu dalam tanah kehinaan walaupun tubuh mu bersalut kemuliaan.
Kata Syaikh Ahmad Deedat rahimahullah:
“.أسوأ الناس خُلقا من إذا غضب منك: أنكر فضلك و أفشى سرك و جحد عشرتك و قال عنك ما لیس فی ك”
Manusia yg paling buruk perangainya adalah seseorang yg jika marah padamu, maka: langsung melupakan jasa baikmu, menyebar rahasia, melupakan persahabatan dan berkata sesuatu yg bohong tentang dirimu.

~Pengemis Cinta