Info Pemakanan

πŒπ€πŠπ€π 𝐁𝐔𝐀𝐇 π’π„ππ„π‹π”πŒ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€πŠπ€ππ€π π”π“π€πŒπ€

Cuba fikir sejenak kenapa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan memakan buahbuahan (kurma dan manis)?

Kajian sains membuktikan bahawa perut yang sedang berlapar(berehat) perlu β€˜dilayan’ dengan baik yakni dengan memasukkan makanan yang lembut dan mudah dihadam. Perut seolah-olah β€˜terkejut’ apabila ketika kosong (lapar), tiba-tiba dimasukkan makanan yang keras (sukar dihadam).

Rasulullah SAW memulakan makan (sama ada ketika berbuka puasa atau tidak) dengan mengambil buah yang manis (kurma) terlebih dahulu.

Sains membuktikan bahawa dengan mengambil makanan manis (berfiber, alkali, mentah) ketika perut kosong yakni ketika nafsu makan sangat tinggi, dapat menurunkan selera (nafsu) makan. Kandungan gula
dalam buah lebih cepat diserap badan untuk memberikan tenaga.

Dengan memasukkan makanan manis (buah) ketika perut lapar, selain menurunkan sedikit selera, buah-buahan dalam dihadam dengan cepat. Begitu juga khasiatnya (mentah) dengan mudah diserapkan oleh badan. Apatah lagi kebanyakan buah sifatnya mentah dan beralkali.

Sebab itulah, dapat dilihat mereka yang berbuka puasa dengan memakan makanan yang ringan (buah-buahan), kelihatan segar, walaupun hampir 13 jam tanpa makan dan minum.

Misalnya, paling baik, berbuka (memulakan makanan) dengan buah, rehat selama 15 minit (untuk solat – maghrib), diikuti dengan makanan berat.

Inilah cara melayan perut dengan baik sebagaimana yang dipraktikkan oleh RasulullahSAW. Berbanding dengan mereka yang secara tiba-tiba memasukkan atau memakan makanan yang sukar dihadam ketika perut kosong. Perut seolah-olah β€˜terkejut’ menerima makanan tersebut. Perut tidak dilayan dengan sepatutnya. Akibatnya, apabila perut telah penuh, kemudian diikuti dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut, sifat buahbuahan yang sangat baik seperti berfiber, alkali, dan sebagainya, seolah-olah tidak lagi membawa makna apabila dimakan setelah perut kenyang.

Hari ini, ramai kalangan saintis barat telah merubah cara hidup mereka, daripada memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas memakan makanan berat, kepada memakan buah-buahan sebelum memakan makanan yang berat.

Ternyata, sunnah Rasulullah SAW memulakan memakan dengan buah-buahan sebelum memakan makanan berat, membawa begitu banyak manfaat kepada kesihatan.

Sumber :
http://www.majlisilmu.gov.bn/