Pemergian yang dinanti??

Ramadhan tiada pernah tinggalkan kita, terus datang bila sampai masanya selagi bumi ini tiada Kiamat, hakikatnya kita yang meninggalkan Ramadhan kerana mungkin kita tiada lagi dibumi ini saat Ramadhan kembali menjelma.
Hidup ini terlalu singkat dibandingkan kehidupan kita yang awal dialam Lahut dan kemudian alam akhirat yg abadi. Dibandingkan kehidupan kita dialam lahut dan alam akhirat, kehidupan dunia bagaikan setitik dari lautan dua alam tersebut.
Betapa ruginya insan yg hilang cahaya Fitrahnya di alam lahut kerana merebut alam yang setitik hingga membawa kerugian yang abadi alam akhirat nanti.
Kehidupan dunia ini bukan yg sebenar, segalanya kepalsuan kecuali iman dan amal soleh, segala kenikmatan dan kesakitan, kekayaan dan kemiskinan hanyalah kepalsuan semata-mata untuk menguji.
Apabila mata telah tertutup pada alam dunia dengan kematian, bermula kehidupan yang sebenar , segala kenikmatan, kesakitan, kekayaan dan kemiskinan adalah benar dialam barzakh dan akhirat.  Al Quran adalah petunjuk tentang rahsia kehidupan yg diwahyu لله melalui Rasulullah, cintai tadabbur Al Quran agar hati mu sentiasa diperingat dan disuburkan dengan makna kehidupan yg palsu dan hakiki. Wallahualam.


~ Abu Hubaib