Perjalanan Salik Menuju Tuhan

Salik bertasbih memuji dan menyucikan Allah di dalam rukuknya kerana sedar bahawa segala pergerakan dalam sujudnya itu digerakkan oleh Allah dan pergerakan itu walau zahirnya dari diri hamba tetapi hakikatnya adalah gerakan dari Allah.

Sudah tentu segala yang datang dari Allah suci dari kekurangan dan kelemahan kerana ia adalah pancaran dari sifat Kamal dan Azhim Nya. Tunduk rukuk lah Salik dengan penuh rasa takzim pada Tuhannya menyatakan penyerahan diri kepada Tuhan Yang Mentadbir urus dirinya. Tasbih diucapkan dengan penuh rindu dan syahdu disertai rasa mentakzimkan Allah. Bagi menguatkan lagi rasa pasrah dan penyerahan itu dia membaca doa ini:
“اللھم لك ركعت وبك آمنت ول ك أسلمت خشع لك سمعي وبصري ومخي وعظمي وما استقلت بھ قدم ي”

Ya Allah! Kepada Mu daku rukuk dengan Mu daku beriman dan kepada Mu daku pasrah kan diri (Islam). Tetaplah pendengaran ku, penglihatan ku, otak ku dan tulang belulang ku serta berdiri teguh dua kaki ku dengan izin Mu. Kemudian Salik bangkit dari rukuk sambil mengingatkan dirinya bahawa segala sesuatu itu tiada terlepas dari cakupan pengetahuan dan penglihatan Allah. Allah mendengar pujian hamba Nya.
“سمع لله لمن حمده”

Seterusnya Salik berhenti sejenak sambil berdoa mengembalikan seluruh pujian dan sanjungan itu kepada Allah
” ربنا لك الحمد ملء السماوات وملء الأرض ومل ء ما بینھما ومل ء ما شئت “

Wahai Tuhan! Seluruh pujian adalah milik Mu, pujian yang memenuhi langit dan bumi serta apa-apa yang berada di antara keduanya. Pujian yang memenuhi sekehendak Mu.

~Pakchu Dazze