QALBUN SALIM

“Tidak semua keterikatan dan terikat itu bermaksud cinta.” Ada sisi manusia yang dipanggil “Human Desire” atau dikenali sebagai nafsu. Nafsu menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah satu keinginan yang kuat dan mendalam. Jika mengikut salah satu kajian teori psikologi iaitu Maslow Hierarchy of Needs. Terdapat 5 peringkat, tahapan keperluan asas manusia iaitu

  1. Physiological needs
  2. Safety needs
  3. Love and belongingness needs
  4. Esteem needs
  5. Self-actualization needs

Namun, kajian ini masih banyak perbahasan yang perlu dilakukan. Masih belum cukup kuat untuk dijadikan hujah konkrit. Namun kehadirannya menjadi sangat signifikan dalam dunia psikologi manusia bagi menunjukkan bahawa keperluan dan kehendak manusia itu ada tahap dan kepelbagaiannya.

Dalam Islam sendiri menyifatkan bahawa nafsu manusia itu ada tahapannya.

“Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Ar-Ra’d 13:33)

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf 12:53) “Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!” (Al-Qiaamah 75:2)

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketaqwaan.” (Asy-Syams 91:8)

“Wahai jiwa yang tenang (muthmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (kepada Allah) dan diredhai (oleh Allah), maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” [Al Fajr : 27-30]

Terkadang kita sendiri tidak sedar dan kita tak tahu kehendak naluri diri kita ke arah apa. Terkadang kita terpukul rata semua tarikan itu sebagai satu perasaan suka desire kehendak tapi bukan ke arah individu tersebut namun terhadap apa yang ada pada individu tersebut yang boleh mengisi kolam dan bekas keperluan kita.

Yang terkadang sebenarnya, kita yang perlu lengkapkan dan penuhi untuk diri kita. Fill your own TANK. Dengan cara self love, self care, self acceptance, self healing. Kerna tatkala kita menuntut daripada orang lain, ia tidak akan pernah rasa cukup. We would be a vampire. Emotional vampire. While it is not other people job first to make us feel good, contented, happy. Tanggungjawab kita dahulu untuk berdamai dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Walaupun ada tahap, yang kita masih rasa tidak cukup. When you feel still not enough.

Maka, berdoalah kepada Tuhan.

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, sifat ‘iffah dan kekayaan.”

Ya Allah, berikanlah kami rasa CUKUP. Kerana sifat nafsu manusia ini tinggi kecenderungannya ke arah perkara maksiat saat ia berlebihan dan tidak terkawal.

Al-Iffah (العِفَّة) sepertimana yang dinyatakan oleh ulama adalah bermaksud terpeliharanya diri daripada perkara-perkara maksiat dan yang ditegah, serta diberikan kesolehan hati dan jiwa. Antara maksud lain ‘iffah (العِفَّة) adalah dicukupkan rezeki serta terpeliharanya diri daripada perkara yang haram. Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahannya menjelaskan: “Al-‘Afaf (الْعَفَافَ) bermaksud al-kafaf (الكَفَاف) (kecukupan rezeki). Sebahagian ulama menyebut, ertinya adalah al-‘iffah (العِفَّة) (terpeliharanya diri dari maksiat). Sebahagian ulama’ menyebut, ertinya keterpeliharaan diri dari yang haram. Dinukilkan dari Abu al-Futuh al-Naisaburi, katanya: “Al-‘Afaf (الْعَفَافَ) bermaksud kesolehan jiwa dan hati.” Boleh baca penjelasan lebih sini: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4189-irsyad-al-hadith-siri-ke-469-maksud-iffah-atau-afaf-dalam-doa-nabi-saw Wallahu a’lam.

Saadah Suhim, Memburu kesejahteraan jiwa.