Siapa di sebalik Lukisan?

Duhai Sahabatku,
Apa yang engkau pandang?
Lihatlah Cantiknya bulan Purnama.. Cantik juga pantulannya di atas permukaan air..
Tenang dan hening memandangnya..
Sahabatku,
Guruku pernah berkata:
“Alam ini diciptakan bukan untuk dipandang wujud alam, tetapi untuk dipandang wujud Penciptanya.”
Apabila Dia ‘melukis’ alam ini, Dia mahu kita mengenaliNya.. Mengenali Dia yang memiliki Sifat KebesaranNya dan Nama2Nya yang agung, yang meliputi alam raya ini..
Oh Siapakah Si Pelukis ini, yang ciptakan Alam dengan penuh Kesempurnaan?
“Sang Pelukis tiada mahu dirinya dipandang,ia hanya mahu dikenali melalui karya lukisannya yg hebat dan indah. Siapa yang melihat akan pasti dapat melihat sifat diriNya yang bijaksana, yang
peka,yang penyayang,yang sabar, yang tekun,yang alim,yang tajam penglihatan dan memiliki segala sifat2 yg hebat dan sempurna.”
Maka Sahabatku, jikalau kekaguman kita melihat alam terhenti pada kehebatan alam dan diri sahaja, maka rugilah kita.
Duhai Sahabatku,
“Fahamilah bahasa Tuhan, Dicipta alam bukan utk memandang alam tapi hakikatnya utk
memandang wajahNya.”
(Asma dan SifatNya)
“Diciptanya sifat mu bkn utk melihat sifat mu tetapi sifatNya”
“Dicipta keindahan mu bkn utk melihat keindahan mu tetapi keindahanNya”
“Diri mu dan alam adalah utk Allah menceritakan wajah diriNya”
[Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan segala sesuatu di muka bumi ini dengan sia – sia, Maha Suci Engkau, Maka selamatkanlah kami dari siksaan Api Neraka: Ali- Imran 191]
~Muhammad Samawi Mamat