Bagaimana nak kawal stress dengan fikiran?

Selalunya apa yang buat stress kita makin bertambah ialah fikiran kita yang tak sihat yang selalu berdebat dalam kepala sendiri.
“Aku tak pandai”,  “Aku tak cantik”,  “Aku tak guna”, “Kenapa aku buat macam tu?”, “Kenapalah aku tak buat tu dulu?”,  “Apa nak jadi ni”.
Macam-macam fikiran yang bersilang-silang dalam kepala.

Apa nak buat?

Ada kalanya kita kena ‘terapikan’ fikiran kita sendiri dengan fikiran alternatif. Jangan menyerah kalah dengan fikiran tersebut. Sebab memang itulah yang dia nak. Bayangkan macam dalam mahkamah. Kalau kita tak bela diri, sudah tentu dengan mudah kita akan dijatuhkan hukuman bersalah. Jadi stand up for yourself.

Ada kalanya kita perlu mantrakan fikiran alternatif, supaya kita tak dengan mudah ‘surrender’ dengan fikiran ‘jahat’ yang datang dalam fikiran.
Contohnya, gantikan fikiran anda dengan fikiran ini:
“Hanya kerana aku terfikir benda tu, tak semestinya benda tu betul”
“Ya, teruk betul waktu sekarang ni, tapi ni bukan waktu yang paling teruk”
“Aku pernah hadapai benda lagi teruk dari ini dalam hidup, aku boleh hadapi yang ini”
“Bukan semua benda jadi macam yang aku nak, tapi tak apa, aku cari jalan lain”
“Okay je, kalau sekali sekala benda tak ok macam yang aku nak..”
“Benda ni memang buat aku sakit hati, tapi benda ni akan berakhir”
“Kalau orang tak suka aku, tak bermakna aku pun kena sama benci diri aku”
“Mungkin benda ni bukan yang terbaik untuk aku pun, ada benda lain yang akan datang lebih baik untuk aku”
Fikiran kita tak menentukan siapa kita. tapi kita yang mengawal fikiran kita. Bila dalam keadaan tertekan, fikiran kita yang akan mengawal kita. jadi take charge of our mind. Jangan biar dia kawal kita.

FB Dr Rozanizam Zakaria
A Psychiatrist, Medical Lecturer, an Author & Mental Health Educator
Vice President II I-Medik